Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak
(Sumber Komuniti Anti Rokok)
MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press
Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy. - Bernama Warta Rokok
Pada 5 Jun 2009 yang lalu,
Pihak kerajaan telahpun mengeluarkan satu memo larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan.
Berikut ialah kawasan-kawasan yang dilarang merokok:-
1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan
di dalam sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak2
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank
atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara
Jika dilihat senarai tempat diatas, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan perokok adalah tidak dialu-alukan di dalam masyarakat.
Jadi, usahlah biarkan diri anda dipinggirkan oleh masyarakat.Berhentilah merokok sebelum terlambat.
Lagi Info tentang Rokok
Assalamualaikum
Minggu lepas, saya telah berkunjung ke AEON AU2 di Setiawangsa bersama keluarga
dan semasa saya sedang berjalan-jalan, ada beberapa banting yang menarik perhatian saya berkaitan fakta merokok.
Atas dasar prihatin dan pentingnya maklumat ini, saya mengambil gambar dan faktanya ingin saya kongsikan bersama anda sekalian.
MEROKOK ADALAH HARAM
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa merokok adalah haram.
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”
-Surah Al-Baqarah : 195-
MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK
Nikotin dalam rokok merosakkan saluran darah. Dinding salur darah tersumbat di dalam otak. Sebahagian badan akan lumpuh dan mungkin membawa maut.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KELAHIRAN PRA MATANG
Merokok semasa hamil mengakibatkan risiko kelahiran bayi pra-matang dan kurang berat badan.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KANSER MULUT
Merokok merupakan sebab utama kanser mulut. Kanser ini akan menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan yang rumit serta menimbulkan masalah pemakanan, pertuturan serta kecacatan kekal.
MEROKOK MENGAKIBATKAN KERACUNAN
Apabila anda merokok, anda akan menyedut asap rokok yang mengandungi arsenik dan naphthalene. Keduanya adalah bahan utama dalam racun tikus dan ubat gegat.
Kandungan rokok:
Ammonia (Pencuci lantai)
Toluidina (Pelarut industri)
Uretana Hidrogen Sianida (Racun untuk hukuman mati)
Naphthylamine (Kapur barus)
Arsenik (Racun anai-anai)
DibenzakridineNaftalena (Ubat gegat)
Metanol (Bahan api)Aseton (Penanggal cat)
Kadmium (Bateri kereta)
Butana (Bahan bakar pemetik api)
DOT (Racun makhluk perosak)
Nikotin (Membuat PVC)
Karbon Monoksida (Gas beracun dari ekzos kereta)
Tar (Bahan membuat jalanraya)
Fenol Polonium – 210
Justeru, apa lagi yang kita tunggu, marilah bersama-sama menyertai komuniti sihat tanpa rokok.
Berhentilah sebelum terlambat.
Sayangilah diri anda barulah anda sayang Orang lain....
Bebaskan Diri dari jadi Hamba Rokok!!!!!
Larangan merokok.......kerap sgt nampak signboard ...ja gahhh

Tapi still macam tu jugak rokok macam biasa...
kawasan Sekolah, spital dan lain2 tempat awam..
masih lagi ada orang merokok...
Aduhhh! yg lagi parahhh..siap disediakan tempat lg utk perokok...
Dahh tu...camna la..perokok tak jadi tegar tahap gaban...
Hmmm..kadang2 fikir jugak kenapa payah bebonar perokok tegar hendak berhenti merokok....setujukah anda......rokok adalah jenayah bunuh diri!!!!!!Wahai perokok cepat cuba bebaskan diri anda .......
Sy sokong...semua orang akan sokong jika para2 perokok Malaysia..
BERHENTI MEROKOK!!!!!......
Sy pastiii!!!!...Ayuhhh para Perokok Anda Boleh lakukan...........
PLEZ DON"T GIVE UP......InsyaAllah....
Hanya anda yang boleh merubah diri anda sendiri.....Chaiyo...
Yakin Dengan Allah...banyakkan berdoa...
salam.. ada penambahan sekarang ni.. di pejabat2 swasta yang berhawa dingin.. baru diwartakan..
ReplyDeleteAssalamualaikm,masya allah banyak betul info yang sangat berguna dalam blg ini.syukran ya kerana mahu berkongsi informasi dan teladan serta pengajaran kepada sesiapa yang dahagakan ilmu termasuk diri yang daif ini..wasalam.
ReplyDelete