Monday 28 June 2010

Akibat...Langgar Larangan Allah.....

Aduhh!.....kejap2 remaja lari dari Rumahh...
Tapi kalau lari tak buat per tak per....ikut kawan g jalan ker..
last2 balik jugak....
nie lain lari sebab ikut balakkk tercinta adoii!

Maaf itu hanya sekadar bingkisan mula bicara saya...
untuk semua remaja2..mahupun belia......Ingatlah..
Dalam al-Quran ada Menyatakan...."Jangan Hampiri Zina"
Bila dah ada larangan hampiri...tu
Maksudnya..perkara yg muqaddimah zina pun jangan buat lerr...
Sebab bermula dengan muqaddimah maka akan berakhir dgn Zina....

Plezzzz! Wake up anak bangsa ku.......Allah larang....ada sebabnya....
Takkan Allah akan melarang hambaNya kalau perkara2 yg baik2....
Pelajarilah...carilah...Ilmu agama....
Bila adanya Ilmu agama dan amalkan...InsyaAllah diri terpelihara...

Syaitan Laknatullah,....hanya standby jerr nak rosakkan...kita...
Dia mulakan dgn tusukan halus.....tg bagi kita tak per kot..
Bila percaya yg step pertama..yang kedua...Up sikit....
Aduuh...berjaya......dia mendua- duakan pasangan yg haram ini...
Mula2 jumpa di taman...lama2 junam,..Aduhhh...

Apasalahhh zina jika yg enkorang Pilihhh remaja2 ku....
Dah zina dosanya besarrr.....tambah lagi dosa besar yg korang buattt..

Buang baby yg tak bersalah......
Sampai atinya......
berhati binatangnya.....
kejammnya....dan Bodoohhhnya tindakkan ini....

Alasan....malu....takut..org tau perbuatan terkutuk yg dilakukan......yg tau pulak malu...
Yg Paling gumbira dgn tindakkan ini sapa lagi IBLISSSSSS........

Tak salah nak berkasih..tapi cara betui...ikut syariat...
Kaweeennnn.......kan baguss tu...ikut sunnah...pahala pun banyak..
Iblisss pun Tewasssssss........

Ayuhhhhh...kita berusaha menjadi muslim yg terbaik...
agar....segala larangan Allah...tidak kita langgari......
Pilihlah yg HALALAN THOYYIBAN dan Jgn Pilih yg HARAM JALAN SYAITAN.....
Berpegang teguhlah dengan Al-Quran & As-sunnah......

Saturday 26 June 2010

Jom Sebarkan Salam.....


Assalamualaikum....Assalamualaikum...Assalamualaikum...

Hmmm....alangkah indahnya kalimah ini...
Doa dari seorang muslim utk saudara yg lain....

Lagi indah bila yg di doakan pula menjawab...
Waalaikummussalam.....

Aduhh...indahnya Islam..bila saling bertemu

biarpun kita belum kenal..kita tak kenal langsung..
dan ada yg sememangnya saling sudah kenal mengenali..

tetapi saling doa- mendoakan untuk kesejahteraan hidup..

Tak susah pun kalimah yg hendak diungkapkan...

Mudahkan Assalamualaikum WBT....
Jawab pun senang Waalaikummussalam...


Hmm..bila tak susah apa kata "Jom kita sebarkan salam"..
sesama kita bila bertemu ...atau di mana2 saja..

TAPI AWAS...jgn pulak digunakan kalimah yg suci ini
utk main2...
contohnya...nak mengorat awekkk...aisehhh

"Assalamualaikum...tak jawab dosa"...
Cuba lah kita berikan salam itu ikhlas.... seikhlasnya....

Yg pasti kita mesti tau..
Beri salam itu SUNAT..

Tapi org yg diberi salam WAJIB...menjawabnya..


Ini saja coretanku kali ini....Andai ada khilaf tolong betulkan yer...


Seperti biasa:

"JOM JADI MUSLIM YANG TERBAIK"

Sunday 20 June 2010

Anda Boleh! Saya Boleh! Semua Boleh!

Jom...merawat hati kita.....
Sedarkah kita...buruknya perangai kita....
malasnya kitaa.... barannya kita...
dan segala- galanya yang negatif dari kita...
Semuanya adalah berpunca dari hati kita yg SAKITTT!
Ayuhhhhhhh! Ayuhhhhhh!Ayuhhhhh!
mari kita Merawat....membersih...mengilap....
Seketul darah/daging....
di dalam badan kita...iaitu HATIIII
Betapa pentingnya hati dalam....membentuk Peribadi...
Kita semua sayang anggota2 badan kita...
Mahu anggota kita melakukan kebaikan...
Mahu anggotakan melakukan perkara2 yang bermanfaat...
Dan mahu anggota2 kita melakukan semua perkara...yg mulia
Berusahalah dan paksalah diri kita untuk....
Membina hati yg.....BERSIH........
Demi untuk mendapat keredhaan Illahi.....
Dan kebahagiaan di akhirat sana...InsyaAllah....

Ayuhhh....Biasakan diri kita...hati kita...
Berzikirlah...Beristighfarlah......Bertahmid
Berselawatlah....Bertaubatlah....Beramal solehlah....itu semua antara..
Ubat2 Untuk Penyakit HATI!!!!

Jangan putus Asa....Pohon Taufiq dan HidayahNya....
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih..
Allah maha Pengampun...
Allah Maha Mendengar.........
Anda, saya dan semua ORG.....
Jom kita JADI MUSLIM YG TERBAIKK...InsyaAllah...

Tgk....fikir...doa...InsyaAllah....



From my best frend:"Hamudah Hanani"

Saturday 19 June 2010

Jom Jadi Seperti Lebah....


Surah An-Nahl Ayat 68-69

[68]
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

[69]
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Rasulullah saw. bersabda,:
“Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Hmm...jadilah kita seperti lebah....
dirinya kerdil tapi memberi banyak manfaat kepada orang ramai..
Malahan Si bee ni juga hanya dilhamkan oleh Allah untuk hinggap dan menghisap sari2 dari bunga2 dan buah-buahan yg terbaik sahaja...dan darinya terhasilnya madu yg pelbagai warna..
yang mana madu2 itu memberi banyak manfaat kepada manusia...
So..jadilah kita mu'min yg baik...dan memberi manfaat kepada orang ramai..
kita usaha menghadiri majlis2 ilmu....
ilmu yg diperolehi kita usaha menyampaikan kepada org lain..
agar manfaat yg diperolehi dikongsi bersama...
Kita menjaga segala sesuatu dalam hidup kita dari sumber yg baik..
bagi menghasilkan yg terbaik...Untuk diri kita....dan diri orang lain.
(maaf yer macam ader tak kena jer pada ayat niee...nanti akan di edit semula InsyaAllah...)
-Sebab itu sy pilih lebah jadi moskot Blog saya..ahaks-
Seperti Biasa:
JOM JADI MUSLIM YANG TERBAIK!

Friday 18 June 2010

Peristiwa2 Penting Dalam Bulan Rejab


Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan.
Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.
Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab,

mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan
pertumpahan darah di bulan Rejab.

Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab
sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w
iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.

Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam.

Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

(maaf info ini hanya dicopy paste dari sumber:http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=155:antara-peristiwa-dalam-bulan-rejab&catid=52:tazkirah&Itemid=111) harap menambah pengetahuan anda semua...

Mu'min Yang Berjaya.....

Surah Al-Mu'minun ayat 1-5
[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

[2]Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

[4]Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -


Aduuhh...jika di lihat gambaran di atas...

Adakah kita tergolong dari golongan org2 yg lalai..

kita solat...mengadap Allah ..tapi..

mana hala tuju dan fokus kita....

Lihatlah bertapa syaitan memainan peranannya

dalam melalaikan kita walaupun ketika waktu solat...

Mengadap Rabb.....tapi kita masih tewas.....

Apakah berjaya kita menjadi mu'min yang betul2 mu'min...

Adakah semua ini disebabkan...hati kita berpenyakit meyebabkan semua ini?????

Adakah kerana kita hubbun dunia yg terlampau- lampau?????

Atau lebih banyak maksiat yg kita lakukan daripada amalan soleh????

Atau kita masih belum betul2 mengenali Rabb......

Atau kita sekadar membaca Al-quran tapi amal isi2nya aiseh....

Mengaku umat Nabi Muhammad...tapi kita tak amalkan Sunnahnya....

Ahhh..macam2 lagi andaian yg mungkin kita sendiri boleh fikirkan...

tapi yg penting jangan kita lupa untuk muhasabahkan diri kita setiap hari...

Kita usaha memperbaiki diri kita setiap hari.....

Berusaha...merawat hati kita yg sakit....agar anggota2 kita yg lain sihat..

dan usaha mempertingkatkan kualiti ibadat dan amalan kita setiap hari...

Jangan kita lupa untuk....

Memperingati Allah setiap hari....Berzikirlah..bertasbihlah....

Jangan kita lupa berselawat keatas junjugan KekasihNya....

Perbanyakkanlah amalan2 soleh....

Agar kita berjaya menjadi mu'min yg berjaya....

InsyaAllah....kita semua boleh menjadi mu'min yg terbaik...

Semoga Allah memberi Taufiq dan hidayahNya.....Amiin..

Thursday 17 June 2010

Jom Kita raikan Bulan2 yg Mulia

Alhamdulillah...
Sekarang kita telah mula memasuki Bulan Rejab..
Dan seterusnya kita akan bertemu dengan bulan Syaaban,
Dan Insyaallah kemudian bulan Ramadhan Kariiim...

Alangkah bahagianya jika menyambut bulan2 ini dengan
melakukan amalan2 @ ibadah sunat...Untuk menghampiri dengan
Maha Pencinta....Allahu Rabbi...

Mari Kita mulakan bulan2 mulia ini dengan membaca doa:


Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Ayuhlah..dibulan Rejab ini kita perbanyakkan Istighfar...

Kerana Rejab ini adalah BulanNya,

Dan perbanyakkanlah Selawat pada bulan kekasihNya iaitu Sya'aban...

Dan perbanyakkanlah kita berzikir dan membaca al-Quran

pada bulan umamat kekakasihNya iaitu Ramadhan kariim.

"Janganlah kita lepaskan peluang ini...

REBUT, REBUT DAN REBUTLAH...peluang ini

Jangan jadikan kita tergolong orang yg RUGI dan LALAI"


Tuesday 1 June 2010

We hate ISRAEL!!!!!!!









Kenapa bila sebut jer Israel...rasa geramm..dan bergegar
rasanya badan...menangung amarah yg teramat sangat
pada puak2 yg tak berhati perut ini....



Wahai2 sahabt2 jom dan jom dan jom lagi.....
sy menyeru kita sama2 bedoa dan berdoa
demi keselamat Umat Islam Palaestin.
Dan juga demi keselamatan misi kemanusiaan Gaza.....
Duduk saja2 bacalah surah al-Ikhlas sedekahkan
kepada mereka sebanyak yg mungkin,
Kita baca Qunut Nazilah..{ini sy belum hafal ;( }
Dan jgn lupa kawan2 boikot la apa2 saja barangan
yg menyumbang kepada puak yg kejam ini....
Kita mampu melakukannya....jadilah kita
Umat Islam yg prihatin...dan mempunyai hati
naluri cintai sedara seagama kita..

Anda Suka makan KFC...alahai...tinggalkanlah...
Goreng jer ayam sendiri....tak pun pasar malamnyer pun ok per...
MC Donald's...lagi la...tak yah la dok pie...
ahhhh tu siap tolong iklan lagi kat kereta...adoiiii...
Mungkin ada yg tak setuju dgn saya ..tapi biarlah..itu pendapat sy..
Ini baru 2 jer...banyak lagi....tak per tgk kat gambar di atas ada di senaraikan..
Gambar kurang jelas sila klik http://jomperahotakk.blogspot.com/2010/04/jomkita-jadimuslim-yg-prihatinnn.html topik sy yg lepas bulanApril

Kepada para perokok sy menyeru kepada anda...
Sy merayu pada anda...tolonglah! BERHENTI MEROKOK!
Anda juga merupakan antara penyumbang yg terbesar..Maaf yer
Sy tidak memaksa...tapi anda boleh berfikir sama ada
hendak memboikot atau tidak.....
Jadilah kita insan yg mempunyai sekelumit hati
yg bersimpati kepada sedara Islam kita...
Jangan hanya mempentingkan diri kita semata- mata...
Selamatkanlah umat Islam....
Jadilah kita muslim yg terbaik!
Anda Tgk gambar di atas...anda fikirkanlah...
nak tgk lag pictures keganasan sila klik link ini...
http://farizansalleh.blogspot.com/2009/01/gambar-kekejaman-israel.html
tergamak anda lihat semua ini.....tergamak ker.....Astagfirullahal'azim...
Tgk la kanak2 yg jadi magsa.....zalimnyer.....
Mangsa mati dalam pelbagai cara.....
hinggakan ya Allah...tak tergamak kita melihat...Anda gamak ker...
Bangunlah...sedarlah kawan2 kita sama...
bantu apa yg sekadar mampu kita lakukan...
Andai ini jadi kepada kita YA ALLAH...
Oleh itu jadilah kita hamba yg bersyukur.....