Saturday 19 June 2010

Jom Jadi Seperti Lebah....


Surah An-Nahl Ayat 68-69

[68]
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

[69]
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Rasulullah saw. bersabda,:
“Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya) .” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)

Hmm...jadilah kita seperti lebah....
dirinya kerdil tapi memberi banyak manfaat kepada orang ramai..
Malahan Si bee ni juga hanya dilhamkan oleh Allah untuk hinggap dan menghisap sari2 dari bunga2 dan buah-buahan yg terbaik sahaja...dan darinya terhasilnya madu yg pelbagai warna..
yang mana madu2 itu memberi banyak manfaat kepada manusia...
So..jadilah kita mu'min yg baik...dan memberi manfaat kepada orang ramai..
kita usaha menghadiri majlis2 ilmu....
ilmu yg diperolehi kita usaha menyampaikan kepada org lain..
agar manfaat yg diperolehi dikongsi bersama...
Kita menjaga segala sesuatu dalam hidup kita dari sumber yg baik..
bagi menghasilkan yg terbaik...Untuk diri kita....dan diri orang lain.
(maaf yer macam ader tak kena jer pada ayat niee...nanti akan di edit semula InsyaAllah...)
-Sebab itu sy pilih lebah jadi moskot Blog saya..ahaks-
Seperti Biasa:
JOM JADI MUSLIM YANG TERBAIK!

No comments:

Post a Comment