Wednesday, 19 January 2011

CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN TUBUH

Cabang2 Iman dari tubuh amatlah banyak..antaranya ialah:

1. Meyucikan badan sesuai dgn selera & hukum
2. Menjauhi segala yg najis
3. Menutup aurat mengikut syariat
4. Melakukan solat yg wajib mahupun sunat
5. Mengeluarkan zakat
6. Memberi makan kepada yg memerlukan
7. Menghormati tetamu
8. Memerdekakann hamba2 & budak2 belian...
(ada lg ker sekarang. .Wallahua'lam)
9. Melakukan puasa wajib mahupun sunat
10. Melakukan haji dan umrah
11. Melakukan iktikaf
12. Berhijrah dr tempat Islam di tindas dan diperangi
13. Menepati janji dan nazar.
14. Berlaku hati2 dalam bersumpah
15. Membayar fidyah dan kaffarah yg semestinya
17. Memurnikan diri dgn berkahwin( utk jauhi perbuatan maksiat)
18. Memenuhi kewajipan ke atas org yg menjadi tanggungannya
19. Berbakti kepada ibu bapa
20. Melakukan pemerintahan yg adil
21. Menjadi pendamai bagi org yg bergaduh
22 Memerangi org yg zalim & pemusnah agama
23. Melakukan amar ma'ruf nahi mungkar
24. Berjihad di jalan Allah
25. Menghormati tetangga dan berlaku sopan santun
26. Berusaha mencari rezeki yang halal &
menafkahkan pada tempatnya
27. Meninggalkan hidup boros & membazir
28. Membalas salam org yg memberi salam.
27. Menjauhkan diri daripada melakukan
perbuatan yg menggangu org lain
29. Menjauhkan diri dari perbuatan yg sia2
30. Menyambut org yg bersin dgn ucapan Alhamdulillah.
31. Membuang gangguan2 dan halangan2 di jalan yg dilalui oleh org ramai.

Banyak lagi rasanya.....tapi kesimpulannya gunalah tubuh kita ini utuk melakukan seluruh perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNYA....InsyaAllah.


Kita berusaha yer...gagal cuba lagi....Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI...dan MAHA PENGAMPUN...


CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN LISAN

Antara cabang2 iman yang berhubung dgn lidah ialah:

1. Melafazkan 2 kalimat syahadat
2. Membaca al-Quran
3. mempelajari ilmu dan mengajarkannya
4. Berdoa dan berzikir kepada Allah serta meninggalkan

percakapan serta hal2 yg sia2.

Berusaha la kita menjaga lidah kita dgn baik....InsyaAllah kita boleh!





Tuesday, 21 December 2010

Jom Kita Amalkan Doa

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa
untuk melakukan maksiat.
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday,
December 22, 2010 at 11:01am(facebook link)

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
(Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya
dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a,
ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina.
Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Wednesday, 15 December 2010

CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN HATI

Cabang2 iman yg berhubung dgn hati adalah berkait dgn AKIDAH dan KEPERCAYAAN yg mencakup.

IMAN kepada adanya Allah, keesaannya dan meyakini bahawa tiada sesuatu yang menyerupaiNYA dan bahawa apa selain Allah adalah makhluk yg diciptakan.

IMAN kepada malaikat2 Allah, kitab2NYA dan para nabi dan para pesuruhNYA.

IMAN kepada hari kiamat, termasuk di dalamnya soal pertanyaan di kubur, hari kebangkitan kembali, hisab, mizan, shirath, syurga dan neraka.

Mencintai Allah serta cinta atau benci kerana Allah dan di jalan Allah.

Mencintai Rasulullah s.a.w serta mempercayai kebesarannya. Termasuk di dalamnya berselawat untuk beliau, mengikuti sunnahnya. Rela dan sabar atas segala qadha dan takdir.

Bersyukur kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya.Berlaku rendah hati, menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.

CABANG2 IMAN

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Iman itu bercabang 70 lebih, yg teratas daripadanya ialah bersyahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, sedangkan yg terendah adalah membuang gangguan dari tengah jalan dan sifat malu adalah salah satu dari cabang2nya".
(Riwayat muslim)

Cabang2 iman itu ada berhubung dengan HATI, ada berhubung dengan LIDAH dan ada pula yang berhubung dengan TUBUH..

Disebalik Angka 3

'Ammar r.a Berkata:
Tiga sifat kalau terdapat pada seseorang maka terdapat padanya IMAN, iaitu:
1. Orang yg insaf dari nafsunya
2. Memberi salam kepada org Alim
3. Memberi nafkah daripada hartanya yg sedikit.

Menurut Nafsu boleh membawa kepada Tiga BALA iaitu:
1. Takabbur
2. Sedikit Keinsafan
3. Riyak

Sebaliknya jika BERSAHABAT dgn golongan yg reda

dengan NAFSU boleh mewarisi tiga PENYAKIT iaitu:
1. Menjadi hamba kepada nafsu
2. Susah
3. Persahabatan yang tidak kekal

Sahl Bin Abdullah berkata:
"Jauhilah daripada persahabatan dengan Tiga Golongan iaitu:
1. Ahli Qurra' yg menipu
2. Ahli Tasawwuf yg jahil
3. Pembesar yang lalai

Bersahabatlah dengan 3 MATLAMAT iaitu:
1. Memberi nasihat
2. Mengambil berat
3. Memberi Pertolongan

Hakikat ILMU ada 3 iaitu:
1. Beramal dengan sebenar- benarnya
2. Menjauhi Kebatilan
3. Memberi setiap sesuatu akan haknya (adil)

Saturday, 13 November 2010

PESANAN IMAM AL-GHAZALI


Bersangka Baiklah.........


Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya
di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku,
tentu dia lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan seorang yang jahil,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya
padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku.

Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…