Wednesday, 19 January 2011

SOLAT-GENERASI2KU SEMAKIN LALAI :(

Dah masuk minggu ke 3 sy melangkah ke sekolah....Alhamdulillah agak letih kerana sibuk mengagihkan lagi kepada murid2 yg belum dapat buku teks...InsyaAllah semoga Allah permudah...

Alhamdulillah...kelas yg ku ajar tetap ku masuk...InsyaAllah...
Sekali lagi untuk tahun ini sy diamanah kan kelas2 yg terkebelakang....dan ader kelas yg terawal..apa2 pun InsyaAllah akan ku cuba sedaya upaya...

Masuk kelas pertama ..iaitu 5P...Alhamdulillah semua ceria jer anak muridku...
tapi seperti biasa bagi berbasi- basi dgn diaorang di hari pertama....bermacam- macam soalan yg ku tanya...
Hinggalah..bab solat ...siapa yg solat subuh hari nie???
Adoiii...tak sampai sepuluh org yg solat...
alasan..bangun lewat .....tak dan ustazah....mak tak gerak...la
macam..muka siap sengih macam solat tu biasa jer kalau tak buat...aduh generasiku...

Sy tgk depa kemudian tanya tau tak kenapa kita solat?
macam2 jawapan..ada kata kita ingat Allah....Bersyukur pada Allah.....Dan Alhamdulillah semua jawapan boleh diterima....ini menunjukkan mereka tau solat itu penting bagi Umat Islam..
Kemudian bila tgk diorang mula bg respon..sy tanya lagi agak2 banyak tak amalan dan perbuatan baik kamu baik...hari2?????

Ada ustazah.....tapi tak pasti banyak ker sikit....
Sy jawab...hmmm..sebenarnya banyak sgt amalan baik kamu buat setiap hari...
dari bangun tidor sampai la..kamu tidor balik....
ok cuba tgk....bangun tdur tadi ader baca doa....Semua jawab ader....

Alhamdulillah malaikat dah catat 1 kebaikan..kemudian g bilik air..1 lg kebaikan sebab jaga kebersihan..gosok gigi pahala jugak coz jg kebersihan....kemudian kemas bilik tidor,
sarapan baca doa...nak pergi sekolah salam dan cium mak dah ayah semua tu malaikat catat...
itu baru pagi dah banyak kamu buat amalan baik.....Wahh hebat kan...

Itu belum kira datang sekolah..utk belajar dan macam2 lagi...Aduhh banyak kebaikan kamu....
tapi sayang...bila amalan2 kamu yg bai dan bersinar ini akan di angkat....tidak diterima kerana apa yer?????
Buku amalan kamu terus dibaling ke arah kamu semula...kenapa yer???...
kerana kamu tak solat....tak solat hanya 1 waktu jer tapi tetap tak diterima.....
kerana telah ditetapkan dalam rukun Islam mesti 5 waktu, bukan 4, bukan 3 bukan 2,dan bukan 1......sayang kan...penat2 buat baik..Allah tak terima...

Semua mengeluh....yer ker ustazah.....blh tak nak ganti balik solat tu..
ada yg kata sy nak cuba la bg penuh solat..rugi2 sy...(sediah dan entah tak terbayang perasaan masa tu) biar la,,walaupun sekejap diorang insaf..tapi boleh lagi nak peringat kan...

Sebelum abis kelas sy pesan lagi....semasa kita semua di himpun dipadang masyar...
semua kita dihimpunkan.....perkara pertama yg akan dipersoalkan adakah kita solat...
itu yg pertama sekali....tak solat..maka semua amalan2 lain tidak dikira....sayang kan...
Oleh itu solat la...tak susah....sgt senang....jgn beralasan yer..
dan ada lagi yg sy katakan....Alhamdulillah semua menangguk faham InsyaAllah.....

Kesian sungguh generasiku....tidak tau bertapa pentingnya solat....
Para Ibu Bapa, Para pendidik dan para Masyarakat..ayuh kita cuba menarik kembali generasi kita untk menunaikan solat...Kita semua Impikan Generasi yg Berilmu dan Soleh..InsyaAllah..

Ingattttttt...sembahyang itu tiang agama.....Dan sembahyang jugak dapat mencegah dari melakukan kerosakan dan kemungkaran....!
Jom kita sama2 perbaiki solat kita dan mendidik generasi kita mejadi generasi yg menunaikan solat......Utamakan Allah....InsyaAllah urusan kita di dunia di permudahkan InsyaAllah....

CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN TUBUH

Cabang2 Iman dari tubuh amatlah banyak..antaranya ialah:

1. Meyucikan badan sesuai dgn selera & hukum
2. Menjauhi segala yg najis
3. Menutup aurat mengikut syariat
4. Melakukan solat yg wajib mahupun sunat
5. Mengeluarkan zakat
6. Memberi makan kepada yg memerlukan
7. Menghormati tetamu
8. Memerdekakann hamba2 & budak2 belian...
(ada lg ker sekarang. .Wallahua'lam)
9. Melakukan puasa wajib mahupun sunat
10. Melakukan haji dan umrah
11. Melakukan iktikaf
12. Berhijrah dr tempat Islam di tindas dan diperangi
13. Menepati janji dan nazar.
14. Berlaku hati2 dalam bersumpah
15. Membayar fidyah dan kaffarah yg semestinya
17. Memurnikan diri dgn berkahwin( utk jauhi perbuatan maksiat)
18. Memenuhi kewajipan ke atas org yg menjadi tanggungannya
19. Berbakti kepada ibu bapa
20. Melakukan pemerintahan yg adil
21. Menjadi pendamai bagi org yg bergaduh
22 Memerangi org yg zalim & pemusnah agama
23. Melakukan amar ma'ruf nahi mungkar
24. Berjihad di jalan Allah
25. Menghormati tetangga dan berlaku sopan santun
26. Berusaha mencari rezeki yang halal &
menafkahkan pada tempatnya
27. Meninggalkan hidup boros & membazir
28. Membalas salam org yg memberi salam.
27. Menjauhkan diri daripada melakukan
perbuatan yg menggangu org lain
29. Menjauhkan diri dari perbuatan yg sia2
30. Menyambut org yg bersin dgn ucapan Alhamdulillah.
31. Membuang gangguan2 dan halangan2 di jalan yg dilalui oleh org ramai.

Banyak lagi rasanya.....tapi kesimpulannya gunalah tubuh kita ini utuk melakukan seluruh perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNYA....InsyaAllah.


Kita berusaha yer...gagal cuba lagi....Sesungguhnya Allah MAHA MENGETAHUI...dan MAHA PENGAMPUN...


CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN LISAN

Antara cabang2 iman yang berhubung dgn lidah ialah:

1. Melafazkan 2 kalimat syahadat
2. Membaca al-Quran
3. mempelajari ilmu dan mengajarkannya
4. Berdoa dan berzikir kepada Allah serta meninggalkan

percakapan serta hal2 yg sia2.

Berusaha la kita menjaga lidah kita dgn baik....InsyaAllah kita boleh!





Tuesday, 21 December 2010

Jom Kita Amalkan Doa

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa
untuk melakukan maksiat.
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday,
December 22, 2010 at 11:01am(facebook link)

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
(Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya:
“Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya
dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a,
ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina.
Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Wednesday, 15 December 2010

CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN HATI

Cabang2 iman yg berhubung dgn hati adalah berkait dgn AKIDAH dan KEPERCAYAAN yg mencakup.

IMAN kepada adanya Allah, keesaannya dan meyakini bahawa tiada sesuatu yang menyerupaiNYA dan bahawa apa selain Allah adalah makhluk yg diciptakan.

IMAN kepada malaikat2 Allah, kitab2NYA dan para nabi dan para pesuruhNYA.

IMAN kepada hari kiamat, termasuk di dalamnya soal pertanyaan di kubur, hari kebangkitan kembali, hisab, mizan, shirath, syurga dan neraka.

Mencintai Allah serta cinta atau benci kerana Allah dan di jalan Allah.

Mencintai Rasulullah s.a.w serta mempercayai kebesarannya. Termasuk di dalamnya berselawat untuk beliau, mengikuti sunnahnya. Rela dan sabar atas segala qadha dan takdir.

Bersyukur kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya.Berlaku rendah hati, menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.

CABANG2 IMAN

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Iman itu bercabang 70 lebih, yg teratas daripadanya ialah bersyahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, sedangkan yg terendah adalah membuang gangguan dari tengah jalan dan sifat malu adalah salah satu dari cabang2nya".
(Riwayat muslim)

Cabang2 iman itu ada berhubung dengan HATI, ada berhubung dengan LIDAH dan ada pula yang berhubung dengan TUBUH..

Disebalik Angka 3

'Ammar r.a Berkata:
Tiga sifat kalau terdapat pada seseorang maka terdapat padanya IMAN, iaitu:
1. Orang yg insaf dari nafsunya
2. Memberi salam kepada org Alim
3. Memberi nafkah daripada hartanya yg sedikit.

Menurut Nafsu boleh membawa kepada Tiga BALA iaitu:
1. Takabbur
2. Sedikit Keinsafan
3. Riyak

Sebaliknya jika BERSAHABAT dgn golongan yg reda

dengan NAFSU boleh mewarisi tiga PENYAKIT iaitu:
1. Menjadi hamba kepada nafsu
2. Susah
3. Persahabatan yang tidak kekal

Sahl Bin Abdullah berkata:
"Jauhilah daripada persahabatan dengan Tiga Golongan iaitu:
1. Ahli Qurra' yg menipu
2. Ahli Tasawwuf yg jahil
3. Pembesar yang lalai

Bersahabatlah dengan 3 MATLAMAT iaitu:
1. Memberi nasihat
2. Mengambil berat
3. Memberi Pertolongan

Hakikat ILMU ada 3 iaitu:
1. Beramal dengan sebenar- benarnya
2. Menjauhi Kebatilan
3. Memberi setiap sesuatu akan haknya (adil)