Sunday 9 May 2010

Ghafillun ( Lalai).Orang2 yg lalai

Ok...di hari ahad yg bagus ini sy akan menceritakan serba sedikit berkaitan dgn sifat yg disukai syaitan..malahan dijadikan Syaitan sebagai senjata untuk merosakkan kita.

Ghafilun atau ghafilin ialah golongan yang melalaikn firman Allah, yang berupa perintah Allah, larangan, janji serta ancaman-Nya, yang di akhirat kelak akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah. mereka lupa bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja, shingga mereka melupakan kehidupan akhirat yg kekal abadi.



Ciri2 orang yg lalai kepada Allah dapatlah digambarkan sebagai berikut:
  • Mereka cenderung mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap segala ketentuan Allah

  • Mereka hanya mengetahui zahir sahaja dari kehidupan dunia

  • Mereka terus menempuh jalan yang sesat, tidak mahu ikut jalan yang benar.

Hanya satu jalan sahaja untuk kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai, iaitu firman Allah yang bermaksud:


"Dan sebutlah nama TuhanMu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan takut, dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang2 yg lalai'


(Al-'Araf:205)


Jadi, mengingati Allah dan merendahkan diri adalah jalan yg terbaik bagi kita dari menjadi golongan yg Ghafilun.


Dan sesungguhnya org yg ghafiluun inie hidupnya sudah dikuasai NAFSU!

Mahu ker kita jadi Sahabat Syaitan?????....hah....nak ker...??

Jika tak mau apa lagi paksalah diri kita untuk melakukan Ibadat!!!

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang....

No comments:

Post a Comment