Tuesday, 11 January 2022
YAKIN JIKA KITA BENAR! tajuk...mungkin x sesuai huhuhuhu..
Friday, 6 May 2011
Hatiku yg sakittttt! Astaghfirullah...

Alhamdulillah......
hari ni Allah masih memberi lagi peluang kepada hambaNya yg hina ini hidup....
Syukur Ya Allah.....
Maaf kawan2....
coretan kali ini sekadar mengingat diri ini...
dan InsyaAllah kawan2 juga untuk kita flash back kembali...
hati kita...selama ini...
bagaimanakah kita pada semalam..Hati kita ok ker....
Hari ini....dan esok adakah kita akan terus ok..
atau hati kita sudah penuh dipenuhi dgn titik hitam dek kerana
dosa2 yg kita lakukan..dek kerana sifat2 mazmumah
bersarang dalam diri....dan juga kerana lemahnya iman kita dalam melawan
hawa nafsu....ini bukan untuk siapa2 kutujukan......tapi ini ditujukan
khas di atas kegagalan, keLemahan dan kealpaan...
DIRIKU sendiri....Diriku Sendiri.....DIRIKU SENDIRI!!
Hati ini kenapa yer...mudah sgt ilang sifat sabar.....
mudah sangka bersangka yg bukan2 dgn org lain....dan lalai dalam
menunaikan kewajipan kepada RABBI.....Ampun ya Allah..
hambaMU terlalu lemah....
Ku sedaya upaya suntikan Ubat & Penawar untuk hati ini...
namun ya Allah...aku kadang2 terlupa untuk terus memberinya...
Dek kerana kelalaianku....aku leka...leka...dan terus leka..
dan akibat kelekaan ku ini...
tanpa ku sedar..hatiku semakin Parahhhhhhhh......Aduh!
Buktinya jelas....aku cepat melatah bila sesuatu perkara
yg hanya kecil....sedang jika digunakan mata hati...
aku akan tenang.....
Aku terus membuat tindakan melulu....sedangkan
aku lupa...bertenang adalah sifat hati org yg bersih...
aku lalai dalam melakukan ibadah...
Solatttt...tapi ya Allah hatiku....dimanakah perginya...
Aku luangkan AKU CINTAKAN ALLAH...
sekuat mana pun...aku fail dalam membuktikan Cintaku..
kepadaNYA...Ya Allah ampunilah hambaMU.....
Alhamdulillah Allah Engkau masih memberi peluang kepadaku...
Engkau pengasih ya Allah...walaupun hambaMu tersangat alpa
Engkau terus berikan nikmat kepadaku...
Nikmat yang tak terhintung banyaknya....
SYUKUR....SYUKUR....SYUKUR....Ya Allah...
Semoga Aku terus diberi Taufik dan Hidayah olehmu ya Allah untuk menjadi
hamba yg tau bersyukur kepadaMu...
Hamba yg mendapat RahmatMu...
dan hamba yang mendapat keredhoanMu...Ya Allah
Ya Allah semoga aku diberi kekuatan dan Hidayah untuk menjadi..
Muslimah yg solehah,
Anak yang solehah,
Bakal Isteri yg Solehah,( InsyaAllah 28 May 2011)
Dan bakal ibu yg solehah....Insyaallah
Ampunilah HambaMu ya Allah....
Amiiin ya Rabbbb......
Kepada bakal suami...Syukran...
kerana meningatkan diri ini untuk
untuk memberi penawar kepada hatiku Yg sakit....
Semoga niat kita....Diredhoi Allah...InsyaAllah.
Kepada Teman2 semoga kita semua berjaya menjadi Hamba yg Terbaik! InsyaAllah...InsyaAllah....InsyaAllah...
Subhanallah....Alhamdulillah.....Allahuakbar
Sunday, 24 April 2011
Rumahku syurgaku...or....Rumahku Tongkangku...

Tapi itu bukan pasal rumah sy .....pasal rumah org lain
Tapi bila dah semak....takk kemasss
Maaf jgn marah yer....nanti2 perempuan pulak...
p/s: Bilik tidor pun mesti jaga yer....selalunya ini yg ramai terbabas...
yakin boleh.....laungkan Sy Cintakan Kebersihan!!!!!!!
Saturday, 23 April 2011
MATI ITU TIBA2..... KITA?????
diam bukan berhenti memikir..diam kerana
adooiii...Braodbandku rosak.....
namun..sepanjang minggu2 yg berlalu.....
hari2 yg berlalu berbagai- bagai peristiwa
yg berlaku...terutamanya...hal keadaan KEMATIAN!...
Ini kali ke-2 ku membicara hal kematian
Baca Paper.....ayah bunuh anak..anak bunuh ayah...
accident sana sini...hancur badan...
hancur kepala....bunuh diri..
Bila dilihat..Ya Allah....sakitnya...Ya Allah.
Bagaimanakah AKU...mudah ker...susah ker...
Berdoalah moga2 kita dipermudahkan utk MATI....
Bak lagu hijjaz.....(maaf ingat2 lupa )
Sampai masa ajal akan datang
Malaikat maut datang menjelma,
Dicabut nyawa tiada terbilang,
Sakit terasa tiada kepalang,
Di dalam kubur terlalu sakit,
Ular & kala datang mengigit,
Teringat diri tiada beramal,
sekian untuk mukadimah Kematian kali ini
sekadar kita beringat sesama kita..luv u All Lillahitaala!
Friday, 25 February 2011
Ya Rasulullah....Ya Habiballah.....

Selawat salam keatas nabi Junjungan Muhammad s.a.w
Alhamdulillah.....Alhamdulillah.....Alhamdulillah....
Rabi'ul Awal bermula.....dan kini kian sampai ke penghujungnya
Marilah kita meraikan hari kelahiran kekasih Allah ini dgn
penuh kesyukuran.....
syukur kerana kita terpilih sebagai ummatnya.....
Dan syukur kerana kita ini diberi peluang untuk
mengamalkan sunnahnya....
walaupun kita belum pernah melihatnya....
Namun Baginda tetap di hati.....InsyaAllah....
Bila kita di soal.....Adakaha kamu sayangkan Rasulullah...
Wah dgn lantang kita menjawab ya...Aku sayang Rasulullah...
Begitu hebat kita menyatakan sayang dan cinta kita padanya...
Tapi sayang.....ia tidak seiring hebat dalam kita mengamalkan Sunahnya...
alangkah ruginya kita....
Bila pensyariatan solat di bawa oleh baginda....
Lihatlah kita sekarang.....Berapa ramai
umat Islam yg secara terang tinggalkan solat....
Ini kerrrr bukti kita sayangkan Rasulullah....
Bila puasa difardhu....lihatla berapa ramai..
Umat Islam sekarang yg selamber jer...makan siang...
Ini ker bukti kita sayang Rasulullah......
Kenapa kita lebih memilih untuk turutkan hawa nafsu
dan godaan syaitan...
alangkah lemahnya kita....
Lemah kerana kita tidak berusaha memperbaharui Iman kita....
Lemah kerana kita tidak memperbaiki amalan kita....
Lemah kerana kita cuba sedaya upaya melakukan sunnah Baginda....
walaupun kecil....
Ayuh kita sedaya upaya memaksa diri kita untuk menjadi umat baginda yg
terbaik, soleh dalam melaksanakan peritah dan meninggalkan Larangan Allah...
Ingat Rasulullah sayang dan sgt mencintai Umatnyaa.....sgt2 Mencintai Umatnya..
Jadi jadilah kita umat yg tahu membalas kecintaan itu dgn melakukan segala Sunahnya
dan segala ajarang yg di sampaikannya.....
Semoga kita Tergolong daripada umat yg mendapat syafaat daripadanya
di akhirat kelak InsyaAllah......
Akhir kalam....marilah kita berusaha dan melatihkan diri kita akan sentiasa
berada dalam keadaan berselawat kepada baginda InsyaAllah....
Wallahu'allam.....:)
Tuesday, 1 February 2011
Ya Allah..Ampunilah HambaMu
Ya Allah....Engkau Maha Mendengar segala permintaan HambaMU
Ya Allah....Engkau Maha Adil terhadap semua HambaMu...
Ya Allah....Engkau Maha mengetahui segala kemahuan HambaMU....
Ya Allah.... Engkau Maha berkuasa ke atas segala- galaNYA....
Kita yakin adanya Allah....
Tapi sejauhmana kita Yakin Allah Maha Melihat apa yg kita buat....
Sejauhmana kita yakin segala ketentuan Allah adalah yg terbaik utk hambaNya
Sejauhmana kita usaha melakukan suruhanNYa...
Sejauhmana kita usaha meninggalkan segala laranganNYA....
Sejauhmana kita kasih akan KekasihNya..Muhammad S.a.w....
Ya Allah sering diri ini lalai dalam mensyukuri nikmatMU...
Sudah diberikan....kehidupan yg baik.....
tapi...masih lagi ..Alangkah baiknya jika aku dapat lebih dari ini...
Aduhh...jelas rasa tak cukup kannnnn....
Andai kita bersyukur...pasti ini jawapannya...
Ya Allah Alhamdulillah Engkau berikan aku kehidupan yg baik...
Semoga ianya bertambah baik..dalam menuju RedhaMu ya Allah...
Ya Allah sering diri ini merungut segala anugerahMu..
Sudah dikurniakan yg baik...masih belum puas hati..
Kan bagus..kalau aku tinggi sikit......
Ayoyo....ada la hikmahNya dijadikan kita sebegini...
Hmmmm....mata aku nie sepet la...besar sikit baru cantik...
Adoi..lagi rungutan.....
Alhamdulillah...tubuh kita kecik...tapi Allah anugerah kesihatan
yang amat baik...tenaga yg amat kuat....
Alhamdulillah..mata kita sepet.....
tapi boleh lihat Alam ciptaanNya..
beruntung dari org yg BUTA.......
BerSyukurlah.....Bersyukurlah......Bersyukurlah
Bersyukurlah di atas segala anugerah Allah yg terbaik....
Barangsiapa yg bersyukur...Allah akan tambahkan lagi,
Nikmat ke atasnya.....(bertuahnya kita)
Barangsiapa yg KUFUR, baginya azab yg Pedih,
Ya Allah.....
Semoga kami hambaMu terus diberi Taufik Dan Hidayah
Untuk menjadi hamba yg Taat dan syukur di atas segala NikmatMu...
Dan berikanlah kami kekuatan..memerangi musuh2Mu...
demi untuk mencapai keredhaanMu Ya Allah..
Semoga kami tergolong dalam golongan yang Engkau Redhai.....
Semoga kami diberi peluan untuk menuju jalanMu yg Lurus
Aminnn3 Ya Allah....Allahu Rabbi...Allahu Rabbi.....
(yakinlah kita sahabat2Ku )
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH & NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH!
Monday, 31 January 2011
Baca dan Renungkan.....(sekadar perkongsian)
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami
untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini
kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka
dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar
Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak
spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini!
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku
air mata, WANITA kembali ke rumah dan
"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin,
bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya
merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport,
oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan
Kamu tahu nombor telepon saya kan ?
WANITA tersenyum manis, berlalu
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar
kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau
datang di kemudiannya, akibatnya setelah
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai
kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
Kerana semakin besar risiko untuk
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
(Sumber: Taman2 syurga)
Berfikirlah sebelum bertindak....InsyaAllah kita selamat!
Wednesday, 19 January 2011
SOLAT-GENERASI2KU SEMAKIN LALAI :(
CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN TUBUH
CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN LISAN
Tuesday, 21 December 2010
Jom Kita Amalkan Doa
untuk melakukan maksiat.
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday,
December 22, 2010 at 11:01am(facebook link)
Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
(Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan)
Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a,
ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina.
Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.
Wednesday, 15 December 2010
CABANG2 IMAN BERHUBUNG DGN HATI
IMAN kepada adanya Allah, keesaannya dan meyakini bahawa tiada sesuatu yang menyerupaiNYA dan bahawa apa selain Allah adalah makhluk yg diciptakan.
IMAN kepada malaikat2 Allah, kitab2NYA dan para nabi dan para pesuruhNYA.
IMAN kepada hari kiamat, termasuk di dalamnya soal pertanyaan di kubur, hari kebangkitan kembali, hisab, mizan, shirath, syurga dan neraka.
Mencintai Allah serta cinta atau benci kerana Allah dan di jalan Allah.
Mencintai Rasulullah s.a.w serta mempercayai kebesarannya. Termasuk di dalamnya berselawat untuk beliau, mengikuti sunnahnya. Rela dan sabar atas segala qadha dan takdir.
Bersyukur kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya.Berlaku rendah hati, menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang muda.
CABANG2 IMAN
"Iman itu bercabang 70 lebih, yg teratas daripadanya ialah bersyahadat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, sedangkan yg terendah adalah membuang gangguan dari tengah jalan dan sifat malu adalah salah satu dari cabang2nya".
(Riwayat muslim)
Cabang2 iman itu ada berhubung dengan HATI, ada berhubung dengan LIDAH dan ada pula yang berhubung dengan TUBUH..
Disebalik Angka 3
Tiga sifat kalau terdapat pada seseorang maka terdapat padanya IMAN, iaitu:
1. Orang yg insaf dari nafsunya
2. Memberi salam kepada org Alim
3. Memberi nafkah daripada hartanya yg sedikit.
Menurut Nafsu boleh membawa kepada Tiga BALA iaitu:
1. Takabbur
2. Sedikit Keinsafan
3. Riyak
Sebaliknya jika BERSAHABAT dgn golongan yg reda
dengan NAFSU boleh mewarisi tiga PENYAKIT iaitu:
1. Menjadi hamba kepada nafsu
2. Susah
3. Persahabatan yang tidak kekal
Sahl Bin Abdullah berkata:
"Jauhilah daripada persahabatan dengan Tiga Golongan iaitu:
1. Ahli Qurra' yg menipu
2. Ahli Tasawwuf yg jahil
3. Pembesar yang lalai
Bersahabatlah dengan 3 MATLAMAT iaitu:
1. Memberi nasihat
2. Mengambil berat
3. Memberi Pertolongan
Hakikat ILMU ada 3 iaitu:
1. Beramal dengan sebenar- benarnya
2. Menjauhi Kebatilan
3. Memberi setiap sesuatu akan haknya (adil)
Saturday, 13 November 2010
PESANAN IMAM AL-GHAZALI
Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya
di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
Jika bertemu anak kecil,
maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku,
tentu dia lebih baik dariku.
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku.
Jika bertemu dengan seorang yang jahil,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya
padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku.
Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…
Monday, 28 June 2010
Akibat...Langgar Larangan Allah.....
Tapi kalau lari tak buat per tak per....ikut kawan g jalan ker..
last2 balik jugak....
nie lain lari sebab ikut balakkk tercinta adoii!
Maaf itu hanya sekadar bingkisan mula bicara saya...
untuk semua remaja2..mahupun belia......Ingatlah..
Dalam al-Quran ada Menyatakan...."Jangan Hampiri Zina"

Bila dah ada larangan hampiri...tu
Maksudnya..perkara yg muqaddimah zina pun jangan buat lerr...
Sebab bermula dengan muqaddimah maka akan berakhir dgn Zina....
Plezzzz! Wake up anak bangsa ku.......Allah larang....ada sebabnya....
Takkan Allah akan melarang hambaNya kalau perkara2 yg baik2....
Pelajarilah...carilah...Ilmu agama....
Bila adanya Ilmu agama dan amalkan...InsyaAllah diri terpelihara...
Syaitan Laknatullah,....hanya standby jerr nak rosakkan...kita...
Dia mulakan dgn tusukan halus.....tg bagi kita tak per kot..
Bila percaya yg step pertama..yang kedua...Up sikit....
Aduuh...berjaya......dia mendua- duakan pasangan yg haram ini...
Mula2 jumpa di taman...lama2 junam,..Aduhhh...
Apasalahhh zina jika yg enkorang Pilihhh remaja2 ku....
Dah zina dosanya besarrr.....tambah lagi dosa besar yg korang buattt..

Buang baby yg tak bersalah......
Sampai atinya......berhati binatangnya.....
kejammnya....dan Bodoohhhnya tindakkan ini....
Alasan....malu....takut..org tau perbuatan terkutuk yg dilakukan......yg tau pulak malu...
Yg Paling gumbira dgn tindakkan ini sapa lagi IBLISSSSSS........
Tak salah nak berkasih..tapi cara betui...ikut syariat...
Kaweeennnn.......kan baguss tu...ikut sunnah...pahala pun banyak..
Iblisss pun Tewasssssss........
Ayuhhhhh...kita berusaha menjadi muslim yg terbaik...
agar....segala larangan Allah...tidak kita langgari......
Pilihlah yg HALALAN THOYYIBAN dan Jgn Pilih yg HARAM JALAN SYAITAN.....
Berpegang teguhlah dengan Al-Quran & As-sunnah......
Saturday, 26 June 2010
Jom Sebarkan Salam.....
Assalamualaikum....Assalamualaikum...Assalamualaikum...
Hmmm....alangkah i
ndahnya kalimah ini... Doa dari seorang muslim utk saudara yg lain....
Lagi indah bila yg di doakan pula menjawab... Waalaikummussalam.....
Aduhh...indahnya Islam..bila saling bertemu
biarpun kita belum kenal..kita tak kenal langsung..
dan ada yg sememangnya saling sudah kenal mengenali..
tetapi saling doa- mendoakan untuk kesejahteraan hidup..
Tak susah pun kalimah yg hendak diungkapkan...
Mudahkan Assalamualaikum WBT....
Jawab pun senang Waalaikummussalam...
Hmm..bila tak susah apa kata "Jom kita sebarkan salam"..
sesama kita bila bertemu ...atau di mana2 saja..
TAPI AWAS...jgn pulak digunakan kalimah yg suci ini utk main2...
contohnya...nak mengorat awekkk...aisehhh
"Assalamualaikum...tak jawab dosa"...
Cuba lah kita berikan salam itu ikhlas.... seikhlasnya....
Yg pasti kita mesti tau..
Beri salam itu SUNAT..
Tapi org yg diberi salam WAJIB...menjawabnya..
Ini saja coretanku kali ini....Andai ada khilaf tolong betulkan yer...
Seperti biasa:
Sunday, 20 June 2010
Anda Boleh! Saya Boleh! Semua Boleh!
Saturday, 19 June 2010
Jom Jadi Seperti Lebah....
Surah An-Nahl Ayat 68-69
[68]
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
[69]
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Rasulullah saw. bersabda,:

Hmm...jadilah kita seperti lebah....








