Monday, 19 April 2010

Wasiat Buat Penuntut Ilmu.

Menurut al-Imam al-kafihiy dalam kitabnya al-Taisir Fi Qawa'id Ilm al-Tafsir( Tafsir ayat 18 surah Ali 'Imran) guru dan penuntut ilmu hendaklah menghiaskan diri dengan sifat2 dibawah:

  • Ikhlas kerana Allah

  • Bersabar atas kesusahan

  • Bersungguh- sungguh dalam kegiatan ilmuan yg dilalui

  • Memelihara diri daripada perkara- perkara yang haram.

Mengamalkan prinsip "al-'amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar"

  • Bergaul dengan golongan yang beriman dan menjauhi golongan fasik.

  • Membulatkan hati terhadap usaha menuntut dan meyampaikan ilmu.

  • mengutamakan waktu awal pagi utk mendapat keberkatan yg didoakan oleh Nabi s.a.w:

Maksudnya: " Ya Allah, Berkatilah umatku pada waktu pagi"


Sumber: Buku 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang..Syukran kepada Pengarang..:)

Sunday, 18 April 2010

Jom suluh Diri Kita

  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah sebagai tanda kelemahan diri, kesalahan, keterlanjutran dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  3. Syukur, nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi sulit untuk dilaksanakan
  4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalain. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa kecuali orang yang mukmin.
  5. Di antara tanda2 orang2 yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan oirang, suka bermujadalah yaknie bertegang leher, nampak dimukanya rasa tidak senangjika ada orang yang lebih darinyadi satumajlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda2 kesal atas kesalahan.
  6. Orang yang sudah hilang marah ( dayus), cepat melahirkan sifat marah( lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali tempat2 yang munasabah inilah manusia normal.
  7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadduk, malu khusyuk, takut, hina dan lain2 sifat kehambaan.
  8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hak-NYA pula.
  10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Saturday, 17 April 2010

Tanda2 bahagia dan Celaka

Nabi bersabda bahawa tanda bahagia itu ada 4 iaitu:
  1. Bilamana mendapatkan amanah ia bertindak adil.
  2. Kalau berjanji ia memenuhi
  3. Benar dalam bicara
  4. Bila berdebat tidak mencaci maki.

Sebaliknya tanda celaka ada 4 iaitu:

  1. Khianat dalam amanat
  2. Mengingkari janji
  3. Bohong bila bicara
  4. Mencaci maki bila berdebat

Menurut Syeikh Syahqiq Al-Balkhi r.a berkata bahawa tanda bahagia itu ada 5 iaitu:

  1. Hati yang lunak
  2. Banyak menangis (kerana ingat akan dosa)
  3. Zuhud dari dosa
  4. Tidak banyak lamunan
  5. Rasa malunya tinggi

Sebaliknya tanda celaka ada 5 iaitu:

  1. Hatinya keras
  2. Susah mengeluarkan aitr mata
  3. Mencintai dunia
  4. banyak lamunan
  5. Sedikit malunya

Awas! Riak itu Perangkap syaitan

Secara ribgkas, riak ertinya menunjuk- nunjuk. Riak dalam ibadah umpamanya, ialah memperlihatkan sesuatu ibadah atau amal kebajikan yang dilakukan kepada manusia dengan niat (walaupun amat sedikit) supaya diperhati, disanjungi atau dipuji.
Riak ada tiga tanda:
  1. Malas apabila bersendirian tetapi rajin apabila dihadapan orang lain
  2. Membanyakkan amal apabila dipuji
  3. Mengurangkan amal apabila dicela.

Orang yang beramal dengan riak tidak mendapat apa- apa pahala, malah berdosa pula. di akhirat kelak Allah berfirman kepada mereka yang berbuat riak:

" Pergilah kepada mereka, di mana jkamu mengerjakan amalmu untuk diperlihatkan kepada mereka di dunia. maka lihatlah, adakah kamu memperoleh balasan dari mereka?"

Wednesday, 14 April 2010

Jom Tamak2kan lah hatii....

Tamak...tamak..tamakkkk
haa..pasti kawan2 heran yer apa ler merapunya si kenari07 nie
ader ker disuruhnya tamak!....
hmm..relaks yer....tak dernya sy nak suruh tiru sifat tamakk
yang jadi sedara ngan syaitan tu...ish2 bukannn..
ini seruan saya utk kita mentamakkan diri kita kearah kebaikkan...
hmm..ikut kawan2 la setuju atau tidak engan kenyataan sy niee...

tamak2 yg nak sangat sy dan kawan2 miliki nie adalah...
Tamaknya kita dalam membanyakkan ibadat kepada Allah...
Hmm..mungkin kita banyak ibadat yg wajib saja..dalam hidupp..
Jomm kita tamakkan diri kita dengan melakukan ibadat2 sunat...
tak per mula ngan sikit...sy nie pun banyak lagi (ajak orang jer lebih huhuuhu)
....banyak lagi nak kena betulkan dan di top up...

Apakata kita cuba...lepasnie..buat solat sunat ba'diah ker..Qabliah...
tiap2 kali lepas solat....(nie pun jarang buat nie..Adooi)

Solat witir ker..tak per koman2 1 rakaat..janji kita cuba...
solat tahajjud...2 rakaat tak per sikit..tapi kita cuba kan..
lama2 kita tamak la nak buat bagi banyak...

Biarlah hati kita ini tamak untuk membuat amal kebajikan...
tak rugi kawan2...

Dahh lama rasanya kita dok tamak dunia...
Tgk ja la bila dapat gaji...
oooo yg nie nak beli...ishh ..yg tu nak jugak....
la yg elok juga...ermmm beli semua la..
tak pa2 tak cukup duit boleh hutang dulu...
Adoooi2..tu dia punya la tamaknya kita pada dunia..

Mulai sekarang..udah2 la...
nak beli baju baru...tgk balik dalam almari ...
hmm..baju aku tu blh pakai lagi...
nak tukar perabot baru...ermm...tanya balik diri..
boleh bawa akhirat ker peraboot aku nie...
kalau boleh bawa akhirat ..beli la banyak2...

Jomm kita sekarang...bila buat sesuatu...
pastikan akhirat tetap dalam perhintungan fikiran kita..
Infaq nie...banyak faedahh...apa kata duit kita yang lebih dari belanjaan wajib..
dermakan kat mana tempat yg sesuai...
pada orang2 yang memerlukan...
buat la kenduri sekali sekala....
belanja keluarga..pahala ooooo.....jamu keluarga..

Pie solat jemaah bagi kaum lelaki tu....
tabungkan banyak..hulurlah..tak kira kupang ker..ringgit ker..
janji ikhlass...
memang mula2 sikit lama rasa tamak dalam diri nak bersedekah..
pasti lepas tu kita up sikit....
alang2 utk bekalan akhirat biaq banyak....

satu lagi..jom la kita tamakkan dirikita untuk menambah ilmu pengetahuan...
Ishh..banyak sungguh ilmu....tak tergalas..
jom2 kita tamak2kan diri...
mana2 ada pengajian kita pie..
ada ceramah kita pie...
ada tazkirah kita pieee..
biaq la sampai kita dapat title gila ilmu.....
tak pa.....ingat senang nak dapat title tu...
Kita gila ilmu bukan untuk apa...
utk kita juga..demi mendidik diri...kaum keluarga
dan juga bangsa....

Hmm..inie jer la coletah sy tentang tamak....bukan per...Cuba kita ingat balik
hadis nabi ada kata...

Bila mati seseorang anak adam itu...habis terputus segala amalannya
melainkan 3 perkara....Ilmu yang bermanfaat...sedekah jariah...dan
doa anak yg solehhh...

Sama2 lah kita berhijrah ke arah kebaikkan...
Anda bleh, saya Boleh, dan semua Orang boleh InsyaAllah....

Video utk tontonan anda sekadar selingan....

Sunday, 11 April 2010

Malam yang sepi...ayuhh kita sujud kepada-Nya


Maaf yer info nie sy Copy dari
blog Ustaz saya (ustaz Hasin)...
moga2 dapat dikongsi bersama...

Berikut adalah cara solat malam:

1. 8 rakaat solat Lail ( 2 rakaat satu salam, bermakna 4 solat)
- Solat yg pertama:-
-Rakaat pertama, selepas al Fatihah, baca al Ikhlas 1X-
-Rakaat ke dua, lepas al Fatihah, baca al Kafirun 1X-
-3 solat Lail yg seterusnya, boleh baca apa2 surah lepas al Fatihah

2. Solat Syafa':(solat 2 rakaat)
-Rakaat pertama, lepas al Fatihah, baca an Naas 1X
-Rakaat kedua, lepas al Fatihah, baca al Falaq 1X

3. Solat witr:
Satu rakaat, lepas al Fatihah, baca al Ikhlas 3X, al Falaq 1X, an Naas 1X


Keseluruhannya, solat malam ada 11 Rakaat solat

Lebih2 banyak info yang anda nak tau blh ziarah blog ustaz saya....Sila "o " sila
sila klik sini: (http://erafitan.blogspot.com/)

Jom..kita jadi..muslim yg Prihatinnn!!!

Hmmm...macam2 yg Israel buat kat Palestin...kejam..ganas..
tak berhati perut..dan argghhhh...macam2 la yg semuanya teruk2 berlaka.....Gerammm..sangat2... dish3!..aku hanya mampu tumbuk angin

Tapi tak mampu nak g berperang...
Ya Allah yg ku mampu hanya berdoa untuk kesejahteraan
saudara2 seagamaku.... agar mereka terus dipelihara..dan terus berjuang...
InsyaAllah aku takkan lupakkan saudaraku didalam setiap doaku...

Dan satu lagi...haa..ini la..satu lagi usaha yg mampu saya dan saudara2 seIslam lain..boleh buat...jomm kita cuba dan paksakan diri untuk boikot2 barang2 keluar Israel Laknatullah.....kita lemahkan ekonomi mereka.

Tunggu aper lagi..Ayuh kita mula sekarang..Esok??...dahhh kira lambattt tu....now! now! Anda boleh!..saya boleh!...Semua Orang bolehhh.....

Haaaa...tak tau aper barangnya.....?????
hmmmm tgk betui2 kat bawah nie....