Wednesday, 28 April 2010

Syurga itu Di bawah tapak kaki Ibu

Nabi S.a.w bersabda yg bermaksud:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan Ibubapa."
(hadith Riwayat at-Tarmizi)

Why Allah mengangkat martabat ibu bapa? Because ibu dan bapa sgt besar jasanya kepada kita. Tidak ada manusia di muka bumi ini yg yang lebih besar jasanya kepada kita. Dgn susah payah ibu kita mengandung dan melahirkan kita semua. kemudian ibu bapa kita jugalah yg mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan ikhlas dan dengan penuh kasih sayang.

Namun seorang ibu....

Oleh itu pengorbananan seorang ibu sukar dinilai dengan wang ringgit mahupun harta benda.Kesulitan semasa hamil, kesakitan yg dialami takala melahirkan kita dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengn penuh tanggungjawab dan pasrah pada Illahi. Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup mengadai nyawa memberikan yg terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya.

Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang itu hanya sekadar dihayati dan dikenang semasa Menyambut Hari Ibu saja????

sudah semestinya tidakkkkkkkkkkk.......tetapi hari Ibu adalah sambutan sepanjang hayat...bila2 masa sahaja dan di mana jua dia berada....

Sabda Rasulullah Bermaksud:
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina
dan menderhaka kepada ibu bapa".
(Hadith riwayat at-Tarmizi)

Monday, 26 April 2010

Mati Tiada Temujanji

Mati!...Mati!...Mati!
Arghh takutnya kita dengan kalimah ini..
takut dan amat takutt.
Tapi takutnya kita dengan kematiannya...
hanya sekadar di bibir
bila dgr atau tgk jer orang mati...
mungkin keluar dari bibir kita...
Hmm..dah sampai masa...
kita macam mana la yer...(kejap jer tu)
Dah tu kalu ditengok kematian yg agak ngeri...
pasti keinsafan agak tinggi...ya Allah moga
aku dimatikan dalam keadaan yg baik...
(itupun kejap jer tu)
Itulah kita hamba yang hina....kita tidak sedar bahawa kematian
yang dijanjikan Allah kepada kita bila2 masa saja akan tiba...
silap2 hb sekarang.....sejam dari sekarang..esok...lusa
dan bila2 lah yg kita sendiri pun tidak pasti....
Andainya Allah member kita Information tentang saat2 dan hari kita
akan dimatikan..pasti dan sangat pasti kita semua..takkan akan
keluar dari rumah..entah2 makan pun tidak dek kerana..
berlumba- lumba untuk berbuat amal...
Namun Allah sembunyikan kita dari semua pengetahuan
tarikh2 kematian kita...agar..kita sentiasa ingat kepadaNya...
.dan sentiasa ,melakukan amal Ibadat untuk berkalan kita di akhirat sana...
Berdoalah kita agar kita diambil nyawa dalam keadaan HusnulKhatimahh..Amiin...
Mati kita dalam keadann yang diredhai Allah....
Alangkah sakittnya kematian.....Malah Rasulullah sendiri
mengatakan bahawa sakitnya dan seksanya mati ibarat
sakitnya 300 kali tetakkan pedang....ya Allah.. kita kena pisau
sedikit pun kita dah mengaduh..inikan 300 kali pedang ..mampukah kita.
Malahan sakitnya mati dgambarkan oleh nabi Idris...
sakitnya mati ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup- hidup..
(disiat 2 dilapah kulit idup2)
maka rasa sakit mati itu lebih dari 1000 kali....Ya Allah....
itu jawapan nabi2 kita..macam mana???? ya Allah...
Oleh itu mari lah kita perbanyakkan amal..maka untuk
meringankan keseksaan roh ketika di cabut oleh
malaikat maut...maka diberikan beberapa amalan
tertentu yg perlu di amalkan...InsyaAllah;
Sebelum tidur:
Bacalah surah al-Ikhlas 3 x, selawat ke atas nabi, membaca tasbih
Amalan harian:
Sentiasa baca al-quran, memelihara solat fardhu,
menghormati azan(x bercakap time azan), membaca tasbih,
memperbanyakkan sedekah, berzikir menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
Dusta, khianat, mengadu domb, kencing berdiri dan lain2 sifat mazmumah.
Sabda Rasullulah s.a.w:
" Bersucilah kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya
kebanyyakkan seksa kubur dari sebab buang air kecil"
Jika anda ingin melakukan maksiat kepada Allah,
fikirkanlah adakah anda mampu memikul azabNya

Wahai.....kaum hawa..Jagalahhh..Aurat Andaa!!!!

Assalamualaikummm....

Hmmm...sakit kepala...sakit mata..bila tgk pakaian kaum sejenis ku sekarang....bg kaum kufar tu memang dah maha dasat... tapi tg muslimah nie...masyaAllah...kadang2a nampak cam sama jer ngan depa Astaghfirullah.....Apa nak jadii niee????

Di bawa saya ingin mengomel sikit2 pasai pakaian kaum hawa sekarang....
kalu tak puas ati..pun sabor je laa...
nie la rata2 pakain kaum2 wanita Islam sekarang....Adooii!...


Ok...First tgk pakaian nie...

Yg nie memang dah soheh2 tak tutup aurat..

hanya tutup urat jer tu

Aduhh...rejected......

Tak der langsung ciri2 pakaian muslimah...

saper2 muslimah yg pakai nie..

memang terang2 buat dosa besar!!!!!

Sunday, 25 April 2010

Pandu Cermat jiwa Selamat...

More Emoticons at DesiComments.com


Memandu dan menunggang....ada banyak skilll....

Ada bawak cam kura2....

Ada cam...siput...

Ada macam kilat..(ader ker he2)


Ader cam kuda jer...

Tak kisah la macam mana anda pandu tapi yg pasti....

Tapi yg pasti bawa kereta anda...

Tunggang motor anda .....

.jangan lupa doa Kepada Allah..

Berselawatlah...berzikirlah semasa memandu...dan menunggang

dan macam2 benda yabg baik boleh buat sambil memandu...n menunggang

Insyaallah...perjalannan kita di rahmati Allah...

Yang pasti Rancanglah perjalanan anda...InsyaAllah selamat.

Monday, 19 April 2010

Wasiat Buat Penuntut Ilmu.

Menurut al-Imam al-kafihiy dalam kitabnya al-Taisir Fi Qawa'id Ilm al-Tafsir( Tafsir ayat 18 surah Ali 'Imran) guru dan penuntut ilmu hendaklah menghiaskan diri dengan sifat2 dibawah:

  • Ikhlas kerana Allah

  • Bersabar atas kesusahan

  • Bersungguh- sungguh dalam kegiatan ilmuan yg dilalui

  • Memelihara diri daripada perkara- perkara yang haram.

Mengamalkan prinsip "al-'amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar"

  • Bergaul dengan golongan yang beriman dan menjauhi golongan fasik.

  • Membulatkan hati terhadap usaha menuntut dan meyampaikan ilmu.

  • mengutamakan waktu awal pagi utk mendapat keberkatan yg didoakan oleh Nabi s.a.w:

Maksudnya: " Ya Allah, Berkatilah umatku pada waktu pagi"


Sumber: Buku 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang..Syukran kepada Pengarang..:)

Sunday, 18 April 2010

Jom suluh Diri Kita

  1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
  2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah sebagai tanda kelemahan diri, kesalahan, keterlanjutran dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
  3. Syukur, nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi sulit untuk dilaksanakan
  4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalain. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa kecuali orang yang mukmin.
  5. Di antara tanda2 orang2 yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan oirang, suka bermujadalah yaknie bertegang leher, nampak dimukanya rasa tidak senangjika ada orang yang lebih darinyadi satumajlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda2 kesal atas kesalahan.
  6. Orang yang sudah hilang marah ( dayus), cepat melahirkan sifat marah( lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali tempat2 yang munasabah inilah manusia normal.
  7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadduk, malu khusyuk, takut, hina dan lain2 sifat kehambaan.
  8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
  9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hak-NYA pula.
  10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Saturday, 17 April 2010

Tanda2 bahagia dan Celaka

Nabi bersabda bahawa tanda bahagia itu ada 4 iaitu:
  1. Bilamana mendapatkan amanah ia bertindak adil.
  2. Kalau berjanji ia memenuhi
  3. Benar dalam bicara
  4. Bila berdebat tidak mencaci maki.

Sebaliknya tanda celaka ada 4 iaitu:

  1. Khianat dalam amanat
  2. Mengingkari janji
  3. Bohong bila bicara
  4. Mencaci maki bila berdebat

Menurut Syeikh Syahqiq Al-Balkhi r.a berkata bahawa tanda bahagia itu ada 5 iaitu:

  1. Hati yang lunak
  2. Banyak menangis (kerana ingat akan dosa)
  3. Zuhud dari dosa
  4. Tidak banyak lamunan
  5. Rasa malunya tinggi

Sebaliknya tanda celaka ada 5 iaitu:

  1. Hatinya keras
  2. Susah mengeluarkan aitr mata
  3. Mencintai dunia
  4. banyak lamunan
  5. Sedikit malunya